Monday, October 10, 2016

Pengalaman Bersalin (26-06-2015)

Assalamualaikum...

Dari anak dalam perut sampai anak dah umur setahun plus plus tak sempat nak update blog. betul punya kekangan masa kannn. haha tapi hasrat aku tak nak bagi blog ni terkubur begitu saja. aku akan sambung update dari semasa ke semasa. walaupon aku sedar, bukan ade sesiapa yang follow perkembangan blog ni pon. hahaha

so aku nak kongsikan pengalaman aku melahirkan puteri sulung kami. agar kenangan indah ni takkan pernah aku dan suami lupakan dan mana tau satu hari nanti anak ummi dah boleh membaca, boleh la dia baca sendiri cerita ummi melahirkan dia. 

25-06-2015 | 9pm
masa ni puasa. di sebabkan due date aku makin hampir, suami pulak berkerja, jadi mak aku memang dah ready siap siap dekat rumah aku. apa apa senang dia kata. so malam ni aku rasa sakit pinggang. ade jugak aku cakap kat mak aku masa tengah tengok tv. tapi aku agak sakit pinggang biasa kot. sebab sepanjang preggy memang kerap sakit pinggang pon. so bila nak tidur, pusing kanan, pusing kiri. ahhhh tak boleh tidur. sakit ni menjadi jadi pulak. sudahnye menangis tepi katil. hahaha... nak kejut suami tidur macam kesian pulak. dia penat kerja. so apa yang boleh buat cuma tahan. bila sahur tu, aku bagitau mak sakit tu tak hilang hilang dari malam tadi, mak dah mula risau. bila mak risau, aku lagi risau. hahaha. so suami decide nak bawak aku pegi Pusat Bersalin Barakah lepas subuh tu.


26-06-2015 | 6.30am
sebelum2 ni memang dah buat kajian sikit, so memang dah decide nak bersalin sini. sampai je terus masuk labour room sebab nurse nak cek jalan. weeehuuuu. berani berani takot je weh. aku banyak bace pengalaman orang. semua cakap sakit masa nak cek bukaan. tawakal je. bila cek, dah 4cm rupanya. so terus kena admit. Pusat Bersalin Barakah ni semua perempuan. dalam satu bilik ade beberapa katil, die just tutup guna langsir. tapi aku rasa selesa sini. Doktor dan nurse semua baik baik belaka. lagi lagi Dr Khairiah. maka bermula lah detik2 mengira contraction yang datang.

26-06-2015 | 12.30pm
Dr datang kata nak pecahkan air ketuban. aduhhh lagi satu part yang aku bace, ramai kata sakit. again, tawakal je. tapi alhamdulillah, Dr buat dengan lemah lembut. sampai aku tak rasa apa. Dr kata lepas pecah ketuban ni, contraction akan jadi lebih kerap. tapi aku layan contraction sampai tertidur. lagi pon memang suami suruh aku tidur, sebab semalaman aku tak tidur, takot aku takde tenaga nak push.



26-06-2015 | 6pm
aku di tolak masuk ke labour room. dan bukaan waktu ni 6cm. syukur suami sentiasa di sisi. sentiasa ajak aku berzikir. walaupon die terpaksa berbuka dalam labour room. aku pon join die makan dalam labour room. haha. lepas magrib doktor datang lagi, dan bukaan masih 6cm. lepas tu dr suruh nurse lajukan water drip. lepas dari tu, Ya Allah.... baring tak kena, mengiring tak kena, semua tak kena. aku rasa nak kejar je nurse yang kuatkan water drip aku tu. macam macam rasa lepas tu, nak buang air kecil, air besar semua ada. tapi sebenarnye sakit tu datang sebab bukaan semakin besar. baby nak keluar dah.

26-06-2015 | 10.49pm
Dr seluk dan kata kalau rasa nak teran, teran je slow slow. aku dengar je nurse jerit 8cm..... 9cm...... pastu diorang dah busy siap siap. suami aku dah tak tentu arah dah masa ni. kesian dia. pup! 10cm.... semua dah ready, termasuk aku. tak sabar nak teran rasanya. tunggu je dr kata push. masa ni tak ingat dah segala teknik yang aku baca. Alhamdulillah 10.49 dengar semua nurse jerit its a girl. hilang terus rasa sakit waktu tu weh. tapi baby tak nangis waktu keluar. suspen jugak. uri aku pon sangkut kat dalam. orang tua tua kata, bila baby tak nangis, tu yang uri tak ikot. agaknye la kot. masa aku sedar tu, dr kata die ada masa beberapa minit je untuk tunggu uri tu keluar, kalau tak, die terpaksa seluk. atau di panggil MRP (manual removal placenta) oh man! jangan bayangkan pleasee. aku pon tak sanggup. Dr tekan tekan perut dan uri masih tak keluar. so Dr decide untuk seluk. sebab takot rahim dah kecut balik. tak pasal pasal kene operate pulak kang.
lagi satu mak kate, uri tinggal ni bahaya. boleh bawa maut. Allah..lepas aku dan suami sign, aku kena injection apa ntah. lepas tu terus aku tak sedarkan diri. aku sedar sedar, nurse kejut aku, nak transfer ke wad biasa.

27-06-2015 | 12am
pertama kali dapat dukung baby dan baby tu adalah anak aku sendiri. bahagianya rasa. tapi masa ni, aku macam tak berapa sedar. apa yang suami dan mak aku cakap semua aku tak berapa ingat. mungkin kesan dari ubat Dr bagi. 2.92kg berat anak ummi. comel je macam abi die. hehe sempat jugak aku bisik kat telinga dia, Assalamualaikum puteri ummi. tak dapat nak gambarkan perasaan waktu ni.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas anugerah terindah ini....



terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: