Saturday, April 18, 2015

Rezeki dari Allah 2nd Trimester

Assalamualaikum...

Seperti yang aku janjikan, aku akan sambung cerita mengandung. kalini dah masuk trimester kedua. sepanjang trimester kedua ni, tak banyak sangat dugaan. bak kata doktor, aku just enjoy menikmati pengalaman mengandung ni. waktu trimester kedua ni lah paling kuat aku rasa. paling sihat aku rasa. paling kuat makan aku rasa. hahaha

15weeks
8/1/2015 ini saat saat berselera aku. tapi dalam berselera, satu benda je aku tak boleh nak hadap. iaitu TOMYAM!. nak tengok pon tak boleh. apa tah lagi nak bau dan makan. loya aku rasa. makanan yang paling paling aku suke, nasi ayam penyet, bakso, roti canai, mee goreng mamak dan kari. haaaaaa kau agak agak sendiri la selera anak aku ni ke arah mane. tiap minggu jugak la suami aku bawak aku makan nasi ayam penyet ria kat seksyen 9 tu. pehhhh memang mengimbau kenangan kat Indonesia betul kalau masuk kedai tu. udah la begitu, nasi ayam penyet die sedap gila. dengan teh botol yang ada kat sana, memang fefeeling kat Indon lah. hahaha

16weeks
20/1/2015 aku memang checkup dekat hospital umra sejak bleeding dulu. setiap kali datang sana akan kena cek air kencing. waktu ni aku sangkut kencing kotor. nak ikotkan, aku dah kena warded sebab dah teruk. tapi nasib aku baik, doktor busy masa tu. tak sempat nak pantau, aku dilepaskan balik. cuma nurse bagi aku ubat suruh habiskan. bila dah macam ni, memang doktor peribadi a.k.a suami aku pantau gila gila la. dia suruh aku makan madu, kurma, kismis, habatussauda, jus delima dan susu kambing. no excuse okay. masa 16 minggu ni jugak aku register kat klinik kerajaan. memang kena bebel la kan sebab dah lambat. dah 16 minggu baru nak register. aku buat blur je la kena bebel pon. kalau kerajaan, 12 minggu dah kena buat buku merah. 

18weeks
28/1/2015 nak ikotkan dah 4 bulan lebih aku mengandung, tapi perut aku tak nampak pon. aku pulak yang risau. time nak tidur adalah time paling sengsara aku rasa. pusing kiri tak okay. pusing kanan tak okay. telentang lagi lah tak okay. memang payah betul nak lelap.

20weeks
13/2/2015 sebelum balik Johor, sempat kitorang pegi checkup kat hospital umra. bila checkup kat umra, mesti doktor akan scan untuk tengok baby okay ke tak. dan aku rasa puas hati sangat bila nampak anak aku sihat. masa ni, memang rasa nak menangis. sebab anak dalam perut dah cukup sifat. dah ada kaki tangan dan dah nampak gender. uwaaaaaaa betul mimpi suami aku. hehehe. sempat jugak aku tanya kat doktor, kenapa perut aku kecil. doktor kata jangan risau. just enjoy saat mengandung ni sebaiknya. as long as aku tau baby sihat and everything normal.cewwah. bila balik kampung, memang makcik makcik pelik la. sebab perut aku tak nampak even dah 5 bulan. hahaha. ada yang tanya dengan muka yang membuatkan aku risau. ada yang positif. huhuhu biasalah kan. tapi aku dan suami buat rilek je. selagi kami tau semuanya okay. 

21weeks
24/2/2015 harini aku ada checkup dekat klinik kerajaan. setiap kali checkup kat kerajaan mesti kena cucuk kat jari untuk cek hb. dan malangnya hb aku nyawa nyawa ikan. cuma 10.6... apa lagi kena conteng pakai dakwat merah la. tapi aku buat tak kisah lagi. dengan harapan checkup lain kali akan okay. masuk 5 bulan lebih ni, aku dah rasa baby gerak gerak. hehehe seronok tak terkata. selama kuat makan ni, Alhamdulillah berat badan aku tak pernah naik lebih daripada 2kg. aku banyak baca pengalaman orang, kalau berat naik lebih daripada 2kg, kena minum air gula kat klinik. doktor takot diabetis masa mengandung. itu yang aku takot tu. tiap kali nak checkup, mula la aku control selera. tapi ada jugak yang cakap semua orang akan kena minum air gula tu. cuma cepat atau lambat je. huaaarghhh orang kate air gula tu tak sedap. boleh muntah. hmnnnn

setakat ni je cerita 2nd trimester aku. oh ya, masa ni dah boleh lah usha usha barang baby yang perlu. nah aku sediakan checklist untuk korang. 



pandai pandai la korang pilih yang mana betul betul penting yang mana tak ye. sambung lagi nanti. bye!
terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: