Saturday, April 18, 2015

Rezeki dari Allah 1st Trimester

Assalamualaikum...

Di sebabkan harini aku free. sambil sambil tunggu suami habis mengajar, boleh lah aku update blog usang ni. kesian betul bunyi nya. macam yang korang semua tahu, aku nikah 13 september 2014. Alhamdulillah atas izin Allah, kami dikurniakan rezeki yang sangat bermakna. tak lama lepas kami nikah. memang tak di sangka sangka. tapi actually aku dan suami memang dah bersedia nak anak. walaupun orang kata baru kawen kadang kadang tak stabil lagi kehidupan tu and so on. kami percaya pada rezeki Allah. apa pon kami terima. panjang pulak mukadimahnye. hahah. masa aku update ni, usia kandungan aku dah 29minggu. syukur....


4weeks
26/10/2014 masa ni aku dah lewat 10hari period. neves memang la neves. excited jangan cakap. tapi aku tak nak terlalu berharap. sebab aku dan suami memang banyak baca and buat kajian, ada orang kata lepas kawen memang hormon tak betul. so, aku dan suami decide untuk buat upt sendiri. kami beli upt yang murah je. rm6.50 kot dekat tesco. yang aku tau kalau nak cek air kencing ni tunggu pagi pagi lepas bangun tidur. esoknya aku semangat bangun and cek sendiri. result macam yang di sangka. 2 line. tapi line kedua tu blur blur lagi. terus aku bia suami tengok sendiri. malu nak explain. Alhamdulillah syukur. so, lepas berkahwin aku masih memegang title wanita berkerjaya. cewwah. kerja senang tak lasak dan aku masih gagah waktu ni. haha

5weeks
30/10/2014 masa ni aku dah start morning sickness. Ya Allah masa ni memang menguji. bukan je morning tapi all time sickness aku rasa. tak kira masa rasa mual. aku masih kerja saat ni. sampai la satu tahap aku rasa tak larat sangat dan buat keputusan untuk berhenti kerja. masa ni jugak aku dan suami buat keputusan nak pergi klinik. nak jugak dengar macam dalam cerita tu. " tahniah encik, isteri encik mengandung". hehe so kami ke klinik ajwa seksyen 7 shah alam. memang macam yang kami nak dengar doktor sahkan aku mengandung. 

8weeks
24/11/2014 seperti biasa hari hari aku dipenuhi dengan ulang alik ke toilet. muntah sampai 10x atau lebih dalam masa sehari. sampaikan berat badan aku turun 10kg. amik kau. bukan senang tau nak turun berat badan. ini lah masanya. hahaha. sehari aku cume makan sekeping nuget je. itu je yang mampu. dan masa minggu ke lapan ni aku bleeding. salah sendiri. gatal sangat pegi tunjuk kuat. angkat karpet konon konon nak cantikkan rumah sebelum suami balik kerja. last last terkedu aku bila nampak darah. sape tak cuak kan... aku takot kehilangan. malam tu terus suami bawak pegi klinik noor hajar dekat seksyen 16 shah alam. sampai sana doktor scan kandungan aku. Ya Allah rasa sebak sangat bila first time aku nampak jantung baby berdenyut. syukur baby masih kuat.  doktor situ tak berapa friendly dan aku takde mood nak tanya macam macam kat dia. dia just bagi ubat dan suruh aku bed rest. tak boleh buat pape. baring sahaja. sampai tahap angkat bakul baju pon tak boleh. 

10weeks
7/12/2014 masih mabuk seperti biasa. apa yang aku mampu makan cuma roti canai. kahkah. macam macam anak aku ni. lepas balik dari klinik noor hajar tu, aku masih bleeding even dah makan ubat. last last kami decide untuk ke hospital umra seksyen 13 shah alam. sampai sana terus doktor scan baby dan inject punggung aku. Alhamdulillah nampak baby aktif lompat lompat. lepas kena injection tu bleeding dah takde. syukur sangat. tapi still.... tak boleh buat kerja berat. doktor kata rahim aku tak kuat lagi. yelah belom sampai 3 bulan lagi. memang semuanya tak kuat lagi la kan. 

13weeks
28/12/2014 masa ni rasa mual aku semakin berkurangan. dah boleh makan. dah boleh isi perut. heheh, time ni dah start la teringin macam macam, kesian suami aku. masa 13minggu ni jugak kami ke hospital umra untuk buat NT Scan. apa yang aku tahu, NT scan ni just nak tengok keadaan baby dan uri. nanti doktor akan bagi korang gambar baby korang. masa aku, doktor kata baby aku kurus. sian anak umi. yela mane ade selera makan sebelum sebelum ni kan. nikmat tak terkata nampak baby dah cukup kaki tangan dalam perut sendiri. cuma gender tak boleh nampak lagi. buat masa ni semua normal.

okay cop. sampai sini dulu aku update. nanti aku sambung lagi. baby dah mintak makan. bye! 


terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: