Thursday, March 05, 2015

Honeymoon Bandung - Day 3

Assalamualaikum...

25 September 2014

Harini merupakan hari terakhir kami di Bandung. Esok dah berangkat ke tempat seterusnya. Jadi harini kami plan nak jalan jauh sikit. Bukan ke Tangkuban Perahu atau ke Kawah Putih ye. itu terlalu jauh. kena sewa supir baru berbaloi ke sana. kami cuma plan nak ke Trans Studio Bandung. Dari guest house nak ke Trans Studio ni memakan masa selama 18minit sejauh 4.4km. tak jauh pon kan. tapi sebab naik angkot, leceh la sikit. sebab kena tukar tukar angkot, ikot jalan yang diorang lalu. oh ya, semakin hari kami berdua semakin power menggunakan angkot. hehehhe. seronok pulak rasanya. sekali sekala ke sana, apa salahnya kita rasa cara hidup orang sana kan. 
tiket masuk ke trans studio ni 170,000 rupiah (RM48) untuk isnin sampai jumaat dan 270,000 rupiah (RM76) untuk sabtu ahad atau cuti umum. murah kan? tapi kami tak masuk pon. bukan ade nak main apa apa pon. kalau ade budak kecik atau ramai ramai seronok jugak. heeeee. dekat kawasan tu jugak ada TSM. trans studio mall. cantik lagi tempat ni masa kami pegi. masjid dia pun tak siap lagi.

Bila perut dah lapar, terus kami cari kedai Ayam Penyet Surabaya. kalau ikot google maps, dalam 46minit jalan kaki sejauh 3.7km. tapi kami takde la rajin jalan kaki. kami naik angkot ke tempat yang berdekatan dengan kedai makan tu. Kedai Mie Jogja Pak Karso & Ayam Penyet Surabaya. 
 
superb weh. ayam penyet tersedap aku pernah rasa. tersedap weh. tersedap faham tak? hahahaha. ayam dia rangup gila. tauhu tempe semua krup krap je bile makan. kena pulak dengan air teh botol sosro. bertambah mantap. korang yang datang bandung jangan lupa rasa ayam penyet surabaya ni, harga dia baru 21,000 rupiah. bersamaan dengan RM6 la lebih kurang. lebih kurang je kan dengan harga kat Malaysia. ke lagi murah? siap ade delivery kau.. boleh tak delivery sampai Malaysia. aku dah terasa rasa kat tekak ni. hmnnn


video
ni nyanyian ngamen. masa tu lagu selimut tetangga ni takde lagi tau kat Malaysia. takde atau tak femes lagi aku pon tak sure. yang penting aku tak pernah dengar. kira tu first time aku dengar. bila balik Malaysia lepas honeymoon ni baru terdengar lagu ni kat radio. terbahak aku dan suami gelak.

malam tu sebelum keluar, sempat kami pekena nasi goreng jalanan. kebetulan masa nak keluar dari guest house, pakcik tu lalu sambil bunyikan loceng. macam yang aku kata, makanan kat sini semua sedap. macam tu jugak rasa nasi goreng jalanan ni. cukup simple. nasi dan keropok. harga dia 5000 rupiah bersamaan RM1.50 sepinggan. kau rase??? murah ke idok? lepas makan kami terus ke Paris Van Java. perjalanan selama 15minit. sejauh 4km. ada apa kat sini? takda apa. cuma shopping mall. saja kami jalan jalan cuci mata. 

nak sampai ke sana, kami perlu tukar tukar angkot. sebab laluan angkot tak sama. masa kami jalan, kami ternampak sorang budak lelaki dengan monyetnya. tunggu kat tepi traffic light. untuk apa kami tak pasti. rupanya, sebaik lampu bertukar merah, dia dan monyetnya beraksi depan orang ramai. monyetnya dipakaikan tongkat dan pusing pusing sekitar jalan tu. orang orang tempatan agaknya dah jemu tengok. tapi aku dan suami macam teruja. hahhaha. kami siap berhenti dan rakam. bila dah rakam tu faham faham la kan. takkan nak terus bla. sure die datang mintak sumbangan punya. suami pon bagi 10,000 rupiah kat budak tu. bersamaan RM2,80. budak tu punya suka. tak tau nak gambarkan macam mana. agaknya pada dia dah cukup besar pemberian tu. walhal kalau tukar duit Malaysia baru berapa je. lepas bagi duit tu, kami terus naik angkot, budak tu dengan monyet dia siap lambai lambai dengan senyuman. ahhhhhh bahagia rasa hati. dapat gembirakan orang. 


demikian lah cerita kami di Bandung. esok flight pukul 11. jumpa lagi nanti ye Bandung!

Honeymoon Bandung - Day 1
Honeymoon Bandung - Day 2

terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: