Thursday, March 05, 2015

Honeymoon Bandung- Day 1

Assalamualaikum...

23 September 2014

Habis sudah cerita Bali. jom kita sambung dengan cerita seterusnya. Kami check out dari Tune Hotel Bali awal pagi. Flight ke destinasi seterusnya jam 8.45pagi waktu Bali. semestinya Air Asia lagi. hahaha. di sebabkan malas nak tunggu tunggu teksi, kami pon decide untuk call supir yang amik kami masa baru sampai Bali haritu. Nama dia Rian. kalau korang nak book dia untuk jadi supir korang selama korang ada kat sana pon boleh. dia lagi suka. majoriti supir kat sana pakai kereta avanza. korang bayangkan je la, kalau setakat berdua, naik avanza. memang selesa la. terkontang kanting berdua kat sit belakang. pasal harga, aku tak tau pulak. sebab takde tanya pon. korang boleh contact dia sendiri. +6281338500577 / 081999883027 / marini_rian@yahoo.co.id

bye Bali!

Selama 45minit kami tertido dalam flight, akhirnya kami sampai ke Husein Sastranegara Airport, Bandung. yes, masih dalam Indonesia. compare airport Bali ngan airport Bandung, Bali lagi luas dan cantik. hehehe. kat sini crowded gila sebab airportnya tersangat la kecik. sampai aku dan suami tak tau hala tuju nak ke mana. kami jalan kaki keluar dari airport untuk cari teksi. macam biasa, percutian tanpa supir. dapat teksi terus ke tempat penginapan yang telah suami booking. 

Kami menginap di Buminanienie Family Guest House. nak ikotkan dekat je dengan airport. tapi sebab driver teksi tu macam tak berapa familiar dengan tempat tu, terasa jauh. dari airport ke guest house ni memakan masa 18minit iaitu sejauh 4.9km. 
BuminaNieNie Family Guest House
Jl. Wira Angun-Angun No.15 Bandung
022-4204210 / 0818648015
bnn_reservation@yahoo.com

mula mula aku neves jugak, hotel apa lah yang suami aku booking ni sampai susah sangat nak cari. betul ke tak betul. hahahah. bile dah sampai, ooooo not bad. rumah bersih. cantik. ala ala cerita sinetron indonesia tu. kadar sewa bilik standard untuk sehari 250,000-300,000 rupiah untuk weekday dan 300,000-350,000 rupiah untuk weekend. Iaitu dalam RM70-85 untuk weekday dan RM85-98 untuk weekend. dan aku rasa Bandung lebih mahal dari Bali. owner rumah ni juga menyediakan kereta sewa with supir. macam biasa, tak ingat harga sebab kami travel sendiri. 

Puas kami search motor sewa di Bandung ni, ada. tapi tak semudah di Bali. kat sini kena ada lesen, baru boleh menyewa. kalau tak memang tak dapat. masa kat Bali haritu langsung tak hirau pasal lesen. mat salleh berterabur bawak motor. rilek je. hihihi. Oleh kerana tak dapat sesuka hati naik motor lagi, kami pon pasrah, dan cuba usha pengangkutan awam yang lain. yang biasa mereka guna. so, kami habiskan masa dengan merayap sekitar guest house untuk cari kedai runcit, kedai makan dan sebagainya.

apa yang kami perasan sepanjang jalan, banyak van van kecik yang di spray warna hijau lalu lalang dan amik orang. itu lah Angkutan Kota. jadi itulah kenderaan awam diorang kat sini. Untuk harini kami tak kemana mana. just berehat dan habiskan masa study pasal van angkut tu. supaya perjalanan kami esok hari lebih lancar dan tak sesat. 

Untuk pengetahuan semua, kami install apps Angkot Bandung bagi memudahkan kami memahami cara menggunakan angkot di sana. 
klik gambar kalau nak download apps angkot bandung.









yang ni pulak kami screenshots route angkot bandung daripada review  blogger yang dah pernah kesini. berdasarkan 2 rujukan ni, insyaAllah korang takkan sesat. kalau tanya aku, mula mula memang aku tak faham langsung apa nak buat dengan 2 rujukan yang ada ni. pening kepala. bila tanya suami, dia kata dia faham. so kita tunggu perjalanan kami pada esok hari. peace!

terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: