Monday, March 02, 2015

Honeymoon Bali- Day 4

Assalamualaikum...

22 September 2014

Hari last jalan jalan Bali sebelom kami berangkat ke tempat seterusnya. hajat hati nak mandi manda di Pantai Kuta, tapi bila sampai tengok ombak kuat. tak sesuai untuk mandi. semua orang surfing je. dengan cuaca panas nya. terus batalkan hajat kitorang tu. 

So kami mulakan perjalanan ke Krisna Bali iaitu tempat membeli cenderamata. perjalanan mengambil masa selama 7minit sejauh 3km. masa kat pasar seni ubud, kami cuma beli baju. tak beli cenderamata lain. apa yang aku nampak, baju baju memang murah kat pasar seni ubud. compared dengan kat krisna ni. mungkin sebab kualiti yang berbeza. tapi dari segi cenderamata lain, kat krisna ni jauh lebih murah daripada kat pasar seni ubud. 

selesai membeli belah, kami terus ke tempat seterusnya iaitu Tanah Lot. perjalanan mengambil masa selama 36minit sejauh 19km. Tiket masuk Tanah Lot 10,000 rupiah seorang. bersamaan RM2.80. Ada banyak pura kat sini. tapi yang menjadi perhatian cuma Pura Luhur Tanah Lot dengan Pura Batu Bolong. masa kami sampai, air laut surut. tu yang semua amik kesempatan bergambar kat pura Tanah Lot tu. 
 ni gambar pura time air pasang. gambar dari google. 
ni gambar masa kami sampai. air surut.
tengah syok syok gambar aleh aleh ombak kuat. menjerit aku panggil suami. tapi suami buat rilek je. lagi seronok ade la dia. kite pulak yang cuak. dekat dengan pura ni jugak ade satu gua. dalam gua tu ada ular suci kata diorang. aku tak tengok pon. suami je pergi tengok kejap. lepas tu ade free holy water bagai. takot.
kami tunggu sampai sunset. kat sini setiap pukul 7, ada kelawar yang banyak sangat sangat keluar dari bawah gua. banyak sangat sangat tau. ingat kan apa. rupanya kelawar. kami dinner kat sini. actually kat kedai makan nasi padang biasa je. macam warung gitu. tapi mahalnya bukan main. kami makan 2 orang sampai 130,000 rupiah. bersamaan dengan RM37. memang la nampak orite je bile convert duit Malaysia. tapi kami makan nasi padang kat sebelah hotel baru 60,000 rupiah untuk 2 orang. bersamaan RM17. mungkin sebab sini tempat pelancongan kan. tu yang die tekan habis habis harga makanan. 

lepas habis makan terus kami gerak balik hotel. esok pagi pagi nak check out dah. 

Honeymoon Bali- Day 1
Honeymoon Bali- Day 2
Honeymoon Bali- Day 3

terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: