Monday, March 02, 2015

Honeymoon Bali- Day 3

Assalamualaikum....

21 September 2014

Untuk hari seterusnya ni, kami dah plan nak tukar motor. taknak lagi naik motor semalam. kami pilih scooter Vario. Awal pagi kami cari tempat sarapan, bila tanya kat kaunter hotel kedai makanan pagi yang halal, diorang bagi kami beberapa pilihan. Kami pilih Made's Warung. Cukup sekadar minum dan makan roti sebagai alas perut. 

Kami memulakan perjalanan ke Pasar Seni Ubud. perjalanan memakan masa selama 1jam 4minit sejauh 31.7km. Pasar Seni Ubud merupakan syurga barang cenderamata. macam macam ada. lepas baca beberapa review blogger yang dah pernah pegi sini, semua sarankan untuk pergi awal pagi. sebab diorang akan bagi harga murah bagi pelanggan pertama diorang. sebagai pembuka rezeki kata mereka. dan memang betul pon! serabut jugak bila sini panggil, sana panggil. tapi kena pandai pandai la. jangan sesekali tawar menawar kalau korang tak betul betul nak beli pon. sebab diorang akan kejar korang sampai korang beli bila korang dah tawar. ingat tu...

Seterusnya kami menuju ke Tegalalang Rice Terrace. perjalanan mengambil masa selama 16minit sejauh 10km. Apa yang menarik kat sini cuma tanaman padi bukit yang disusun secara bertingkat tingkat. masuk percuma.
ni gambar dari google.
ni gambar masa kami sampai. 

lepas rilek rilek dalam 20 minit, kami meneruskan perjalanan ke Pura Ulun Danu Bratan. yang ni memang mencabar. perjalanan mengambil masa selama 1jam 23minit. sejauh 54.6km. jauh gila mak datuk. sampai sakit sakit punggung duduk atas motor. dalam perjalanan, kami singgah lunch di Warung Muslim. pekena bakso ngan teh sosro. sedap gila weh!. 
perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan mendaki bukit. macam naik genting dah aku rasa. dengan sejuknya. peh!. berkat kesabaran, akhirnya sampai kami di satu tempat yang sememangnya cantik gila. pernah tengok Projek Memikat Suami tak? diorang ade berlakon kat sini. Pura Ulun Danu Bratan. Subhanallah cantik gila kawasannya. puas hati jalan jauh jauh pon. nak masuk kene bayar. Kami dapat tiket 40,000 rupiah untuk 2orang. bersamaan dengan RM11.20. ada mat salleh yang sebelum aku dapat tiket berharga 180,000 rupiah. hehehehe power tak diorang kelentong pelancong. nasib aku biasa tengok sinetron. pandai la jugak cakap indon. tu yang diorang ingat aku dari jakarta. kihkihkih. 
 hilang penat naik motor berjam jam lepas jumpa tempat cantik macam ni. hehehe
ni permandangan dari masjid atas bukit kat situ. sebaik turun dari masjid tu, ada ramai penjual strawberi serbu kami. mula mula macam tak nak beli. tapi lepas terdengar diorang sebut sebungkus strawberi tu cuma 5000 rupiah bersamaan RM1.40, terus kami sambar satu. kengkonon takot tak sedap. sebab tu dia jual murah. tu yang beli sebungkus je. sekali dah gerak balik, menyesal tak beli banyak. sebab sama je sedapnya macam strawberi kat Malaysia. dah la murah. rugi rugi. 

Bila dah nak senja, cepat cepat kami gerak balik. sebab cuaca semakin sejuk. semua tegur suami sebab tak pakai sweater. takot suami tak tahan sejuk masa drive nanti. Alhamdulillah, selama 1 jam 29minit iaitu sejauh 59.3km kami akhirnya sampai ke hotel. Malam ni pula kami habiskan masa bersiar siar sekitar hotel dan Pantai Kuta. 
dinner malam ni dekat warung nasi padang sebelah hotel. Murah je. makanan pon sedap. takde la was was nak makan. sebab memang sure muslim. Sambung lagi esok. 


terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: