Monday, March 02, 2015

Honeymoon Bali - Day 2

Assalamualaikum...

20 September 2014

Awal pagi aku dah kejut suami sebab takot terlambat nak berjalan. awal pagi jugak owner motor tu datang hotel hantar motor. tak sabar nak jenjalan Bali naik sepeda. jeng jeng jeng.......
ini helem. helem tu helmet la. comel habis helmet nye pon. haha. memula kami sewa motor bergear. kengkonon laju la motor ada gear. kengkonon nye la................. rupenye SEMPUTTTTT.... 

untuk hari pertama ni kami dah plan nak ke beberapa tempat yang menarik. berdasarkan research yang telah suami lakukan. Sebelum gerak, sempat kami makan kat kfc Bali. oder nasi ngan ayam untuk 2 set. aleh aleh dapat ayam ngan sebungkus buger. aku dah start buat muka pelik dah. bile mase aku oder buger. ropenyeeeeeee itu bukan buger, itu nasi. di bungkus seperti buger. kahkah. nasib tak meradang kat kaunter. total 54ribu rupiah. dalam RM15 untuk 2 orang. kat Malaysia dapat ke? hikhok

Kami teruskan perjalanan ke Nusa Dua dengan menggunakan bantuan Waze. sepanjang kat Bali, memang kami bergantung dengan Waze semata mata. jangkaan masa dalam 34minit sejauh 21.6km dengan melalui tol. ada tol okay! aku yang kat belakang ni apa lagi, kejenye snap sana snap sini je la. haha
bila dah nak dekat sampai Nusa Dua tu, tetibe ade sorang mamat ni follow kami. Rupanya dia salah sorang pekerja kat Pantai Tanjung Benoa, Nusa Dua tu. dia follow sebab nak cari customer untuk main aktiviti kat sana. Kalau nak tau, Pantai Tanjung Benoa ni popular dengan pelbagai aktiviti watersport seperti Parasailing, Banana Boat, Flying Fish, Seawalker, Rolling Donut, Jet ski, Snorkeling, Scuba Diving dan pergi melawat Pulau Penyu. aku tertarik dengan seawalker sebenarnya, tapi last last kami pilih untuk ke Pulau Penyu.  tak silap aku kos ke Pulau Penyu 170000rupiah untuk sorang. dalam RM47.50.  

dah sampai! apa ada kat Pulau ni? nama pon Pulau Penyu, ada penyu lah. dari penyu kecik sampai penyu yang paling tua. lepas tu ada binatang binatang lain. kira macam zoo kecik la. tak best sangat pon. 

Seterusnya, dengan gigih kami meneruskan perjalanan ke Uluwatu Temple yang memakan masa selama 31minit sejauh 18.4km dari Nusa Dua. dekat Bali ni, motor memang bersepah sepah. diorang drive tanpa sebarang undang undang. main belasah je. tapi yang dasyatnye, sepanjang kat sana, takde jumpe satu eksiden pon. dan ade orang bagitau kami yang kat sana memang kurang jenayah. bagus kan?

tiket masuk ke Uluwatu Temple ni 20000 rupiah seorang. dalam RM5.60. nyaris nyaris kami dapat tiket 15000 rupiah sebab dia ingat kami orang Jakarta. hahaha. tapi sebab terlalu jujur kannnnnn.... melepas. nak masuk sini kene pakai pakaian yang sopan. sebab bagi diorang, ni tempat suci diorang. kalau yang pakai seksi seksa tu, nanti dia bagi kain warna purple. sarung la sampai nampak sopan. bagi yang memang dah sopan, just pakai selempang warna kuning. 
takde lain yang aku ucapkan sepanjang jalan selain Subhanallah cantiknya.
monyet memang banyak kat sini. kene berjaga jaga la. ada pelancong tu siap kene bawak lari beg dia. nasib orang yang jaga kawasan tu tolong amikkan. nakal tau monyet ni. hehe  sebelum meneruskan perjalanan, sempat kami pekena air kelapa muda. tak ingat pulak berapa harga sebiji. 

Seterusnya, kami menuju ke Jimbaran Beach. Pantai romantik yang terkenal di Bali. perjalanan memakan masa selama 25minit sejauh 13.9km. Kami kesana untuk melihat sunset sambil dinner di Menega Cafe.  
mula mula memang macam tak ramai orang, bila dah dekat waktu sunset, full house beb. Dinner kami 149,000 rupiah untuk seorang. dalam RM42. memang mahal sikit sebab tempat tumpuan pelancong. lepas mintak bil, nanti pelayan yang layan korang akan mintak duit tips. kira upah untuk dia, kalau korang puas hati dengan layanan yang dia bagi. 

lepas isi perut, terus kami gerak balik hotel. letih gila dah rasanya. dari Jimbaran ke Tune Hotel Kuta, dalam 18 minit sejauh 9km. malam ni kami habiskan masa mencuci mata di kedai kedai cenderamata berhampiran hotel je. 


terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: