Monday, March 02, 2015

Honeymoon Bali - Day 1

Assalamualaikum...

Cerita pasal majlis dah setel. Seterusnya cerita pasal honeymoon. Dari hari ke hari nak update pasal honeymoon tapi mood rajin tak datang datang. sebab cerita honeymoon ni panjang berjela. harini entah mimpi ape tetibe mood rajin tu datang. cecepat on laptop sebelom mood tu melayang.

Macam orang lain, lepas kahwin mesti mood honeymoon tu datang membuak buak. macam tu jugak kitorang. hihi. Cuma dalam kes aku, aku tak tau pape langsung pasal plan honeymoon ni. Semua suami yang uruskan, sampai la tiba masanya baru aku tau kitorang nak terbang ke satu pulau di Indonesia iaitu Pulau Bali! Saat tu memang terbayang cerita Projek Memikat Suami la. hahaha

19 September 2014

Kami bertolak pada jam 7.45 malam. Semestinya Air Asia. Flight ke Bali ni amik masa dalam 3 jam. Kami sampai ke Ngurah Rai Airport dalam jam 10.45 malam. Sampai sampai terus cari wifi. sebab nak inform family yang kami dah selamat sampai. Sebaik keluar dari pintu airport, memang meriah dengan sepanduk nama pelancong. itu untuk siapa yang dah booking supir dari awal. ada jugak yang di kalungkan dengan bunga macam kat Hawaai tu. Sebab kami memang tak booking supir langsung untuk survive kat Bali ni, so kami terus berjalan mencari Blue Bird. Blue Bird tu kire teksi yang berpatutan kat Bali ni. Malangnya, takde langsung Blue Bird masa tu. Wohoho, nak tak nak terkena jugak kami dengan satu supir ni. Dari Ngurah Rai ke Tune Hotel Bali takde lah jauh sangat, dalam 15 minit. tapi kami terkena 90ribu rupiah. dalam RM25. sempat jugak kami mintak driver tu singgah beli simkad.
 Tune Hotel Kuta Bali
gambar dari google

Hotel kami dari 19 Sep hingga 23 Sep. Total kos penginapan 534,000 rupiah. lebih kurang RM150. murah ke idok? hehe. bagi aku, hotel ni not bad. sebab kami bukan duduk bilik pon. keje nak merayap je. dari pagi sampai malam. kat hotel ni ada spa, cafe, kedai runcit dan wifi. wifi tu penting. kahkahkah. lagi pon, jalan sikit dari hotel, terus jumpa tempat shopping. kalau jalan lagi sikit, sampai la ke Pantai Kuta. tak jauh pon. malam ni kami habis kan masa dengan mencari motor sewa. yes! motor okay. bukan kereta. tunggu gambar esoknya!

Honeymoon Bali- Day 2
Honeymoon Bali- Day 3
Honeymoon Bali- Day 4

terima kasih kerana membaca. have fun!

4 comments:

ewanthology said...

honeymoon, confirmlah seronok kan... dah sekali sekala pergi bali takkan nak duk dalam bilik je kan, haruslah pusing satu bali..hehe

anassuhada said...

betul betul betul. pusing satu Bali sampai puas. hahaha

Nurul Nofia Ernawati Bte Riswandi said...

wahh bestnya honeymoon....
cerita lagi..
t boleh survey

anassuhada said...

kite dah share pasal Bali. ada day 1 sampai day 4. awak try baca. hehe. nanti kite share pasal bandung and singapore pulak. :)