Thursday, February 05, 2015

Majlis Resepsi FINAS

Assalamualaikum...

Pertama dalam sejarah hidup aku ni update 2 entri dalam satu masa. sementara gagah apa salahnya kan. kalini aku nak sambung cerita bahagia aku yang seterusnya iaitu pada majlis resepsi. Demi menjimatkan kos perbelanjaan, aku buat keputusan untuk buat dua majlis dalam satu hari, yakni pada hari yang sama aku di nikahkan. 13 September 2014. lagipun memudahkan keluarga lelaki yang datang dari jauh. 


pelamin indah dari Seri Pengantin Linda
jam 11pagi selesai semua majlis pernikahan, kami bersiap sedia untuk majlis persandingan pula. tak cukup tangan. sumpah memang tak sempat untuk aku uruskan semua benda seorang diri. mana nak ambil kek sanding. mana nak uruskan bridesmaid dan hantaran. mana nak uruskan flowergirls. mana nak bersiap. macam macam lah. syukur Alhamdulillah aku punya sahabat- sahabat dan kakak angkat yang sangat sangat membantu. diorang lah yang setelkan semua. aku tau tau dah siap. 

sebab ramai sangat orang kawen, kitorang terpaksa cepatkan masa bersanding. sebab kumpulan kompang nak ke majlis lain. lagi lah tak cukup tangan mak andam aku buat keje. 
kemain pengantin dan pengapit gelak.


flowergirls yang cute.

tak sempat betul nak ajar diorang cara jalan macam mana. jalan arah mana dan buat apa semua. bersyukur ada makcik makcik yang sempat tolong apa yang patut. 

le bridesmaids. cantik cantik semuanya. thank you.
pon tak sempat ajar pape. sempat cakap kat sorang je. tolong pesan kat yang lain. camni camni. nasib baik semua okay. thank you sangat. 

hasil dandanan Kak Anna
busana pengantin dari Iz De Bridal
photographer: Potrait Qaseh

Alhamdulillah. selesai semuanya walaupun ada yang kurang. salah aku jugak sebab lupa nak bagi tentatif majlis kat DJ. maka aku bersanding dengan senyap sunyi. lepas makan damai baru DJ pasang lagu lagu kawen. bukan apa, kalau takde lagu kawen, serius rasa kekok gila atas pelamin tu. dengan semua orang pandang. ahai. korang yang nak kawen tu prepare lah betul2. jangan ada yang tinggal macam aku. hee




terima kasih kerana membaca. have fun!

2 comments:

Sya Hassan said...

singgah sini sekejap.. congrats dear.. haish rasa tak sabar pulak i nak kahwin.. haha *tutup muka~blushing*

anassuhada said...

terima kasih :) good luck nanti. semoga semuanya lancar. hehe. selamat pengantin baru in advance!