Thursday, February 05, 2015

Majlis Pernikahan FINAS

Assalamualaikum...

Ya Allah betapa lamanya aku tak update cerita dalam blog ni. daripada perut kosong sampai sekarang perut dah ade isi. Mintak maaf. Terlalu banyak benda yang lebih penting daripada segalanya disini Harini ada mood, ada masa, aku nak kongsikan beberapa cerita menarik sepanjang kesepian aku selama ni. Bermula dengan majlis besar dalam hidup aku iaitu majlis yang menukar status aku daripada seorang cik ke seorang puan. 

Tarikh 13 September 2014, adalah tarikh yang aku tunggu tunggu. Sibuknya menjelang hari ni Allah je yang tahu. Demam, sakit dan penat semua tak rasa masa ni. yang penting majlis lancar. aku satu satunya permata ayah bonda. Bila majlis besar macam ni siapa lagi yang nak sibuk selain kami bertiga. Walaupun aku lah yang di raikan. 


last selfie sebagai cik. 

Alhamdulillah aku dan pilihan hati aku selamat di satukan pada jam 10pagi. Berdebarnya aku saat tu sampai bunga tangan pun asyik terjatuh jatuh. yang geram nya, si dia tak gugup langsung. muka selamba je. sampai bridesmaid aku semua ketawa dan pelik kenape die terlalu cool. Tapi aku tau, kalau muke die cool camtu, maksudnya die konfiden. Bagus! Kalau die gugup aku lagi lah gugup.
henna daripada Dysha Dysha's Henna


Sekali lafaz, aku bergelar seorang isteri. Perasaan time tu bercampur baur. Ada sedih, ada happy, ada takot. Sedih mengenangkan betapa sabarnya dia dengan perangai aku sampai kami sampai ke tahap ni. sedih nak berjauhan dengan family. happy sebab dah ada suami yang bakal jaga aku setiap saat. takot sebab  takot tak mampu jadi yang terbaik buat dia. Semoga semuanya baik baik sahaja. 
Alhamdulillah.... we are married!!!

Pemberian daripada suami.
Pemberianku kepada suami.




terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: