Sunday, February 23, 2014

Majlis Pertunangan FINAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalammualaikum...

Bangun pagi penuh dengan mood nak menaip. So kali ni nak kongsi cerita yang dah hampir dua bulan tersimpan. Kenangan manis bulan Disember 2013. Diam tak diam rupenye umur aku dah pertengahan 'dua puluh sen'. tua dah kak tonnnn. tapi rase macam nak duduk bawah ketiak mak ayah lagi. hahaha. Cerita bermula masa raya Aidilfitri 2013 lagi. Dia datang jumpa parents aku untuk menceritakan hasrat hati dia.
Masa tu rasa macam nak sorok muka bawah kerusi. Tak tau perasaan ape yang ade dalam hati. Macam malu. Macam happy. Macam excited. Macam macam lah....

Tiga bulan kami amik masa untuk buat segala jenis persiapan. Bukan persiapan luaran je kene ade. Dalaman pon kene bersedia. dap dup dap dup. Muncul lah bulan Disember yang di nanti nantikan. wahhhhh, makin dekat tarikh, makin berdebar. nak buat keje pon tak senang. kejap kejap senyum. kejap kejap senyum. macam orang tak siuman pulak kadang kadang. 

7 Disember 2013.
Jurusolek : Wanie Arshad
Photographer : Akmal Rafie Photography
berdebarnya saat ni, Tuhan je yang tahu. dengan perut lapar gila. tapi tak rasa nak makan. nak minum air pon rase malas. makin lama orang makin ramai. makin aku tak keruan. yang paling tak tahan, lepas mak bagitau aku yang family lelaki dah sampai ,fon bunyi. Dia call sambil gelak gelak. eh seronok nye dia. aku kat sini kemain gementar. makin aku kate aku gugup, makin kuat die gelak. ok fine! tunggu masa awak pulak nanti ye cik abang.
sampai atas pelamin, hilang terus rasa lapar. hahah!




terima kasih mak ayah. terima kasih mak abah.
 terima kasih sebab banyak bagi kami sokongan dan dorongan. 
terima kasih jugak buat semua family yang banyak tolong. 
terima kasih. 
terima kasih. 
terima kasih.
ini kawan dari tingkatan empat. kawan sehati sejiwa. apa yang jadi kat aku, mesti jadi kat dia. macamtu jugak sebaliknya. di terbangkan khas dari Kuala Lumpur. hanya untuk majlis pertunangan aku yang tak seberapa ni. just wanna say. 
thank you very much.
i love u.

 
skrian and officemate. thank you for coming. 
nanti majlis, harap satu kelas dan satu company dapat datang. :))

Alhamdulillah. hampir dua bulan aku bergelar tunangan orang. 
Moga hubungan ini berkekalan hingga ke Jannah. 
mungkin ade sesetengah orang kate, awalnya dia tunang. baru keje. tak sempat tolong family and so on. pada aku, lepas kawen pon boleh tolong family. tak ada masalah. dan mungkin rezeki lepas kawen, Allah beri berlipat kali ganda. kita tak tahu. yang penting bak kate irine, 'kalau nak bercinta, cari yang halal untuk setia, kalau nak bahagia, kejar doa-Nya hingga ke syurga.'





terima kasih kerana membaca. have fun!

3 comments:

ewanthology said...

tahniah, semoga dipermudahkan.

zuan wan said...

tahniah adah.. lama x jumpa. ko.. rinduu heheheh.. darah manis neii... pe2 pon.. jaga diri baik2.. -zuan-

spongey patty said...

cantiknya awak..congrates adah =)