Monday, October 28, 2013

My G-Day

Assalamualaikum....

Setelah berusaha selama 4tahun di Universiti Teknologi Malaysia, semalam merupakan hari aku menerima segulung ijazah. Walaupun tak berapa cemerlang seperti yang ayah bonda harapkan, tetapi aku bersyukur dapat menamatkan pelajaran dengan jayanya. Alhamdulillah...


tahniah buat diri sendiri, buah hati dan juga rakan rakan seperjuangan. Waktu konvo ni, ayah tak berapa sihat. ayah tak dapat stay dalam dewan lama lama sebab sejuk. ayah batuk batuk. kurus sangat ayah waktu ni. saat tu aku memang tak tenang duduk kat kerusi. kejap kejap aku mesej mak, tanya ayah okay tak. bukan apa, aku harap ayah dapat bertahan sampai aku naik pentas. tapi malangnya, terlalu lama nak sampai giliran aku. akhirnya ayah keluar. ingatkan tv kat luar bukak. rupanya kat luar hujan lebat. keciwaaaaaaaaa.....

sebenarnya, ada lagi satu benda penting jadi pada harini. mak ayah si dia berbincang apa yang patut dengan mak ayah dan nenek aku. korang agak sendiri lah ye. malu nak cerita panjang panjang. hihihi.. akhirnya kami bergelar graduan UTM. Syukur Alhamdulillah...
terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: