Tuesday, September 10, 2013

Kerja Pertama

Assalamualaikum....

Lepas habis belajar, takde benda lain yang aku buat selain daripada ke sana sini mencari kerja. ye lah, sape yang nak menganggur lama lama kan. nak jugak rasa working life. best ke tak best. mencabar ke tak mencabar. hampir 3 bulan jugak aku tunggu panggilan kerja dari mana mana syarikat, malangnya sunyi sepi. aku dah start nak putus asa pada mulanya. tapi bila fikir, orang lain ada yang lagi lama, bertahun tahun still tak dapat kerja. aku baru 3 bulan, takkan dah nak give up kan. InsyaAllah ada rezekinya nanti. 

sebelum sebelum ni dah banyak tempat kat Selangor aku cuba. tapi semua nak kan pengalaman. kalau semua nak yang berpengalaman, apa nasib kami yang fresh grad ni?? hmnn... lama lama aku jadi takde mood nak cari kerja kat Selangor lagi. Mungkin rezeki aku kat Johor. siapa tahu kan.. aku pon teruskan pencarian di Johor. mak adalah peneman setia aku.

Masa ni aku dah bertekad, keje apa pon aku tak kisah. janji halal dan boleh dapat pengalaman. sampaikan dekat law firm pon aku mintak tau. untuk jadi kerani. Alhamdulillah dapat. tapi macam biasa lah, kerja kerani, gaji ciput. dia bagi 1500 je sebulan. nak bayar sewa rumah lagi. nak makan lagi. last last aku tolak. ceh, kengkonon tadi cakap tak kisah keje ape. bila dah dapat, memilih pulak kau kannnnn. hahaha. aku teruskan lagi cari kerja yang aku minat.. Semua kawasan perindustrian kat Johor ni aku redah dengan mak. Akhirnya sampai aku ke Plastrade Group of Companies. Ada kain rentang, tulis jawatan kosong as Assistant Engineer. aku pon apa lagi, emergency break la. hahaha. terus aku call. 

Nasib aku baik, terus dia panggil masuk untuk interview. sempat la aku google pasal company. macam biasa, aku tak mengharap sangat. sebab aku takot kecewa. selang beberapa hari, ada orang call aku. tanya aku buat apa sekarang, dan berminat lagi tak nak kerja di Plastrade. for sure lah aku kate berminat kannn. Alhamdulillah. dia bagi aku masa seminggu untuk cari rumah sewa, then boleh start my first day. dan kalau nak tau, first day aku masuk office adalah semalam. 9 september 2013. 
Alhamdulillah jugak senang nak dapat rumah sewa. dan bermula lah kehidupan aku sebagai seorang penolong jurutera. Syarikat ni ada banyak anak syarikat. aku under MHT Manufacturing. Syarikat ni buat resin untuk di jadikan cable. 
 
untuk korang yang belom dapat kerja tu, jangan putus asa. rezeki Allah tu luas. ada di mana mana. jangan pernah jemu mencari. Selamat maju jaya! 

terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: