Thursday, June 13, 2013

SKR selamanya

Assalammualaikum...

tamat sudah pengajian kami sebagai pelajar Kejuruteraan Kimia Polimer di UTM ni. esok nak balik rumah dah. tak jumpa kawan kawan dah. ah! sedih. aku rasa macam mimpi. suka duka nangis ketawa merajuk gaduh penat lelah dengan diorang semua dah berakhir. ok stop. sekarang ni tak nak cerita part sedih dulu. nak cerita part enjoy enjoy.

dari awal kitorang memang dah plan nak buat macam macam aktiviti. dan akhirnye berjaya merialisasikan plan tu walaupon tak semua dapat join atas sebab sebab tertentu. amboi ayat kemain kan. sebelum semua start kerja, memang ini lah masa yang sesuai untuk menghabiskan masa bersama. create last moment as much as you can la bak kate omputih.


aktiviti pertama
seawal jam 9pagi kitorang dah berkumpul untuk konvoi ke Lok Heng. rumah erni. bab makan makan memang kami tak tolak. lautan api pon sanggup kami redah. apa apa pon terima kasih ibu erni. sebab masak kan macam macam. sampai penuh perut ni ha. lepas ni entah bila jumpe lagi walaupon ayah dengan ayah erni sekampung.
aktiviti kedua
konvoi kami diteruskan lagi ke destinasi seterusnya. Batu Layar!!! dah lame tak mandi laut woi walaupon tanjung leman tu belakang rumah aku je. kekeke. syiok oi Batu Layar. tak banyak ombak. rase macam mandi kolam renang pon ade. habis semua permainan budak budak kitorang try mase dalam air. lepas ni entah bile dapat mandi laut same same lagi. 

penat mandi, kite bakar ayam pulak. hoyyeh. lepas ni entah bile dapat bakar ayam sesame lagi. walaupon kipas satay tu sampai patah nya kerjakan. kekeke...
kita kawan selamanya. kita kawan dunia akhirat. 
 aktiviti ketiga
walaupon badan penat seharian berjalan. walaupon mate ngantok bangun awal. walaupon telinga masuk air mandi laut. walaupon muke pedih pedih mandi air masin. walaupon rase letih berenang. tapi last moment punya pasal, kitorang habis kan mase melepak dekat dataran JB pulak. tapi tapi tapi tapi. tak lame pon dapat lepak. sebab kami yang perempuan ni rimas. nak terkeluar nanah dari mate tengok aksi aksi terlampau. hahaha. handsome sangat ke semua classmates lelaki aku ni? lepas ni entah bile dapat lepak dataran sama sama lagi.

selamat pulang ke kampung halaman kawan kawan. semoga dapat kerja elok. dapat gaji nanti kite open table. makan ramai ramai lagi. insyaAllah. kawen jangan lupe jemput. itu pon kalau nak hadiah dari aku. mintak maaf salah silap sepanjang empat tahun. dari hujung rambut sampai hujung kaki. yang penting, jaga diri. bai bai bai bai

terima kasih 4SKR. (^.^)

terima kasih kerana membaca. have fun!