Sunday, June 30, 2013

Cerita langkawi Part 4

Assalammualaikum...

Hari terakhir di Langkawi. Pukul 9 pagi kami keluar rumah. kelewatan sebab kepenatan. nasib baik aktiviti harini cuma island hoping dengan underwaterworld je. so kami pon terus ke Pantai Chenang yang terletak di seberang jalan depan chalet kami. pusing pusing tengok pakej island hoping. mase dekat Tanjung Rhu pon ramai offer untuk pegi island hoping ni. tapi mahal. pakej dekat pantai chenang lagi murah. tapi malangnye, island hoping ni ada 2 trip je. satu pukul 9pg-12tghari. satu lagi pukul 2ptg-6ptg. memandangkan kami dah terlewat sampai. trip pukul 9 pon dah berlepas. so terpaksa lah amik trip pukul 2. 
sementara nak tunggu pukul 2, kami ke Underwaterworld yang juga terletak depan chalet Lagenda Permai. 
Tiket masuk : RM 15 seorang
tak tau nak kate ape. aku rase biase je. cume aku teruja tengok penguin dengan ikan ikan comel kat sini. ade ikan perak. ikan polkadot. ikan patsegi. nemo. ahhh comelnyeee. rase nak picit. habis!

keluar dari underwaterworld, tak pukul 2 lagi. so mak guna mase ni untuk shopping cokelat dekat luar luar tu. bukan mak. tapi aku. aku yang gila tengok coklat murah murah kat sini. jauh beno beza harga sini dengan harga kat jb. pakkal mikir susah nak bawak balik nanti, kalau tak.........
lepas shopping cokelat, kami terus isi perut dekat Restoran Harom Aroma. depan underwaterworld je. banyak lauk pauk tengahari kat situ. tapi harganya mahal sikit. 
perut dah kenyang. balik chalet bersihkan diri. kemas kemas. nak checkout terus. Lepas ni Island Hoping. oyyeahhh! 


terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: