Saturday, June 01, 2013

Cerita Langkawi Part 1

Assalammualaikum... 

Petang ni rase nak update blog pasal trip ke Langkawi haritu. Dah berzaman okey. tapi baru nak update harini. kekeke... Kalau yang pegi Bukit Tinggi tu plan last minit, kali ni pegi Langkawi plan di awal minit. Perancangan begitu rapi ye kengkawan. supaya tak de seminit pon mase di bazirkan. Memandangkan ayah bukan kaki jalan, jadi aku pegi dengan ibundaku serta seorang bigman untuk menjaga kami. who's that big man?? omo. tak payah tanye lah. >.<

Terima kasih Air Asia sebab bagi tiket murah. RM98 untuk pergi balik dari KL ke Langkawi. dan juga RM28 untuk tiket dari JB ke KL. sekarang pon tengah ade promo lagi kan. cepat la booking!!!! Kami memang dah plan nak pegi time weekdays. sebab nak booking ape ape senang bile weekdays. kami bertolak ke Langkawi 10hb pukul 9.40 malam. tapi flight delay sebab hujan. so pukul 10.10 malam baru kami berangakat.
 Tak sempat nak ngurat pramugara handsome, pukul 10.45 malam kami dah sampai Langkawi. turun je dari flight, konon nye nak mesej owner kereta sewa. tapi rupenye die dah hantar mesej dan tinggalkan kereta kat airport. terkejut jugak aku mula mula. sebab dengan selamba die tinggal kereta tak berkunci, siap kunci tersedia di dalam. lepas tu baru aku terfikir, ye lah ni kan pulau. kalau curi kereta pon tak boleh lari mane mane. nasib baik dah tempah kereta awal awal. kalau tak jenuh baru nak cari kereta. memandangkan kami hanya bertiga. so kami sewa wira dengan harga rm60 sehari.

Dengan pantas, GPS di on dan terus menuju ke chelet yang kami dah tempah. Lagenda Permai Chelet. Chelet ni dekat depan Pantai Cenang. jalan kaki je nak pegi pantai. sebelah kanan Cenang Mall. belah kiri Underwater World Langkawi. Betul lah kate orang-orang, Pantai Cenang ni meriah waktu malam. waktu siang biasa je. Chelet ni kami sewa dengan harga RM70 semalam. siap aircond taw. Dasar kaki jalan, dah sampai tu bukan nak terus berehat. Boleh lagi pegi merayap sekitar Pantai Cenang tu. Nasib baik mak orite je. Mak kate, gunakan masa yang ade sebaiknya. layannnnnnnn.

tips kat sini:
1) sewa kereta awal awal - memang kat airport tu banyak orang offer. tapi kadang kadang harga tinggi. sebab die tau kite terdesak. lagi lagi kalau sampai lewat malam. macam kes aku ni. kekeke
2) sewa bilik awal awal - sewa area pantai cenang. serius menarik compared dengan tempat lain.
3) pergi lah time weekdays - memang layanan istimewa, sebab tak ramai orang.

entri bersambung.......

Cerita Langkawi Part 2
Cerita Langkawi Part 3
Cerita Langkawi Part 4
Cerita Langkawi Part 5

terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: