Sunday, June 30, 2013

Cerita langkawi Part 5

Assalammualaikum...

hye. kali ni bersambung dengan cerita Island Hoping. kami tak pergi dengan kereta sendiri. ade van yang datang ambil dan bawa kami ke Pantai Tengah. Harga tiket Island Hoping RM25 seorang untuk 3 jam. Setibanya kami di Pantai Tengah tu, awan tiba tiba mendung. Angin kuat. Ombak kuat. aduh. ini yang seram ni. aku ingat dah tak boleh pegi, tapi orang tu kate, takde pape. still boleh pegi pulau. emmmm okay.
serius cuak. tapi seronok. aku lagi rela naik bot dari naik cable car. lencun jugak lah aku mase pegi tu. hahaha. nasib baik hujan berhenti bila dah nak sampai tasik dayang bunting. Alhamdulillah.. tenang sikit jantung den. bila lalu depan gunung yang bentuknye macam orang baring tu, pemandu bot akan stopkan bot kejap untuk kita amik gambar sambil dia cerita serba sedikit pasal gunung tu. katenye, itu lah dayang bunting!
ini gambar tasik dayang bunting dari atas. terima kasih pakcik google.
dah sampai. ingatkan dekat je tasik nye. rupenye kena jalan masuk dalam, jauh. sesampai je sane, Subhanallah cantiknya... kat sini boleh mandi, boleh main paddle boat. tapi kami pilih untuk habiskan mase duduk bersantai. sekali lagi mak suruh aku basuh kaki, basuh muka. boleh buang penyakit katenye. terus aku tanye mak, ape sejarah dayang bunting. mak kate dayang bunting tu tanam anak die dalam tasik ni. barulah aku tau.

perjalanan kami di teruskan lagi. katenye nak pegi bagi helang makan. dekat Pulau Singa Besar. bila dah nak sampai tu, memang nampak banyak gila helang terbang terbang. pemandu bot tu akan berhenti dekat tengah tengah dan campak kulit ayam.

lepas beberapa minit, kami terus bergerak ke destinasi terakhir iaitu Pantai Beras Basah. kat sini, ramai orang mandi manda. tapi lagi sekali kami pilih untuk bersantai. hahahaha. pasir kat pantai ni tak same macam pasir kat pantai dekat jb. pasir die halus. tak lekat kat baju.

tepat jam 6.30, kami sampai ke Pantai Chenang semula. lepas bersihkan diri di pantai Chenang, kami terus ke Haji Ismail Group(HIG). kalau dah pegi sini, untuk ape lagi kan. komfem komfem untuk shopping. berpinar mate mak aku tengok pinggan mangkuk kat sini. habis semua mak angkut. tu pon nasib baik pikir nak balik nanti susah. kalau tak, aku rase sampai HIG tutup baru kitorang dapat gerak pegi airport. hahaha...
maka tamatlah percutian singkat kami ke Langkawi. ade rezeki boleh pegi lagi. kalau pegi lagi, aku nak try main parasailing and pegi kilim geoforest park. kepada yang baru nak pegi Langkawi, aku cadangkan sebelom pegi tu buat research sikit pasal Langkawi. pasal makanan, tempat, tempat tinggal, kereta dan macam macam lagi. supaya percutian berjalan dengan lancar. Bye

Tamat...

Cerita Langkawi Part 1
Cerita Langkawi Part 2
Cerita Langkawi Part 3
Cerita Langkawi Part 4


terima kasih kerana membaca. have fun!

4 comments:

yanayonet said...

bestnya bestnyaaa! :D

Nor Syatika Mustaffa said...

budet sume per person brape anas? mhl x?

anassuhada said...

yana baru balik dari sabah. lagi best. nanti anas nak pegi sane pulak.

anassuhada said...

syat, aku rase sorang 5ratus cukup kot. tu pon kalau tak nak shopping sangat la. hehehe