Sunday, June 30, 2013

cerita langkawi Part 3

Assalammualaikum...

nah sambung lagi pasal Langkawi. kalau malam pertama kami sempat jalan jalan sekitar bandar chenang je. malam kedua jauh sikit langkahnye. lepas maghrib terus keluar. kononnye nak pegi bawak mak shopping dekat Haji Ismail. ropenye udah tutup. hahaha kesian mak. 

jadi, kami isi perut dulu memandangkan seharian tak makan. nak cari kedai makan pon masalah ni. sebab kami dah buat list nak makan kat mane. tak boleh makan sembarang. nanti rugi. pusing punye pusing. Akhirnye jumpe jugak kedai ni. 
kalau nak pegi kedai ni, kena bukak mate luas luas dulu. sebab kedai ni tersorok sikit. yang penting dekat depan Bella Vista. aku sampai bace blog orang, baru jumpe. ape lah kan. kedai best best buat kat tempat tersorok. 
kenape beriya sangat nak makan kat kedai ni?
sebab:
1) dekat pantai chenang memang banyak kedai makan. tapi semua seafood. berdasarkan ape yang aku bace kat blog blog, mereka kate harga makanan kat area pantai chenang agak mahal. biasa lah, kawasan tumpuan pelancong kan.
2) orang kate western kat EE Trimula Cafe ni memang kaw kaw sedap. harganya pon tak mahal. so nak jugak aku  sahkan betul ke tak ape yang diorang cakap tu.

nak ikotkan, banyak lagi tempat makan best yang ade kat Langkawi ni. tapi hati aku terpikat kat sini. 
1) Menu EE Trimula Cafe
2) EE Chicken Chop RM9. sedap woi. aku rase nak hirup je sos die tu sampai licin. nyum nyum
3) yang ni tak ingat la name die. ape ntah. tapi yang penting lagi murah dari Chicken Chop kat atas tu.
4) Mushroom Soup RM6

sedap bak hang! hahahaha... ade orang ajar aku definisi sedap sebenar. Sedap=banyak+ murah. So, not bad. Banyak pon banyak. Murah pon murah. selamat mencuba!!!

lepas dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Dataran Lang.
Dataran Lang ni betul betul depan Jeti Langkawi. yang aku tak puas hati nye, kenapa kepala helang ni mengadap laut, susah tau nak cari angle bergambar. silap haribulan kameraman masuk laut sebab nak setting gambar punya pasal. kekekeke...
apehal ntah masam bebeno muka aku waktu ni. brrrr

lepas dah bosan main dengan helang, kami berjalan ke sebelah pulak. Ade Taman Lagenda Langkawi. tapi waktu tu dah tutup. die bukak 8pagi- 11malam. tiket masuk pulak rm5- dewasa. rm2.50-kanak-kanak.
Orang kate Taman Lagenda ni taman dengan permandangan indah bunga tempatan, tumbuhan dan pokok buah-buahan.

maka tamat lah aktiviti hari kedua. mari lah rehat sepuas puasnya. 

entri bersambung lagi.....


terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: