Friday, June 28, 2013

Cerita langkawi Part 2

Assalammualaikum...

hye. kali ni nak sambung cerita pasal langkawi yang dah berzaman tu. hari kedua kami di langkawi merupakan hari tenat, hari penat, hari busy, hari pack kami. maklumlah percutian hanya 3hari 2malam.
pagi pagi aku dah kejut semorang dalam rumah tu bangun. tak kira lah nak marah ke nak ape. sebab tentatif aku yang buat. kahkahkah. penat memang penat, tapi kalau tak gerak pagi memang tak sempat nak pegi semua tempat. so so so, ni lah aktiviti kami di hari kedua. 


ni lah rumah kami selama 3hari. ala ala kampung giteww. but still ade aircond okay.

1) Makam Mahsuri
Tiket masuk : RM7 seorang
mase naik rumah mahsuri tu, tengok buaian die, meremang bulu roma. tak tau kenapa. mak kate jangan tegur. lepas tu sampai kat telaga mahsuri tu, mak suruh basuh muka, basuh kaki. orang kate air telaga tu boleh hilangkan pelbagai jenis penyakit. nah, terus rase nak mandi kat situ. hahaha. kat sebelah tu ade jugak orang jual air telaga yang dah di proses.
ni lah makam mahsuri. tak banyak tempat boleh pegi. sebab diorang masih sedang baik pulih kawasan ni. lepas bace semua dan tengok video yang ada, baru lah aku faham sefaham faham nye lagenda mahsuri ni.

2) Tanjung Rhu
kalau nak ikot ape yang kami rancang, tanjung rhu ni tak wajib pegi. tapi tiba tiba terpegi. sebelom sampai tu ade guard tahan, dia bagi kami beberapa peraturan sebelom masuk kawasan tanjung rhu ni. then, baru lah kami tau yang tanjung rhu ni rupenye kawasan yang special. Subhanallah memang cantik. tak rugi terpegi.
nampak tak pulau yang bla kanan tu. macam bentuk orang tido kan? pakcik tu kate, tu lah pulau dayang bunting. dari tanjung rhu memang boleh nampak jelas.
aku pon tak tahu kenapa aku posing sebegitu buruk. teruja sangat mungkin.
kenapa aku tak senyum ntah. grrrr
3) Pantai Pasir Hitam
betol ke pasir dia hitam? betul ke? bila dah sampai, itu benda pertama aku check. 
haaaa betol okay. memang hitam pasirnye. korek la sampai dalam pon, memang pasir tu hitam. kagum sejenak. takde ape pon tak sini, cuma tempat orang berehat petang petang. kalau orang yang jalan jauh, nak bukak bekalan, bukak la kat sini. sambil makan makan boleh jugak tengok keindahan pantai.

4) Oriental Village/ Langkawi Cable Car
Tiket Cable Car : RM 15 seorang
Finally sampai kat tempat yang paling aku tak sabar nak pegi. Mula nya kami plan nak naik cable car petang, tapi takot hujan, so better pegi tengahari. panas pon panas lah. pegi time weekdays memang seronok, tak payah nak beratur panjang. sampai sampai terus naik. 
sebelom naik kemain eksaited, dah kat dalam kelu tak terkata. aku memang penakot. bukan takot, tapi aku gayat. macam macam aku fikir mase kat dalam kotak kecik tu. yela, gunung mat cincang tu tinggi mak datok. sape tak seram oi. tapi akhirnya kami selamat sampai ke puncak gunung. hoyyeh!
 kemain cool mak aku, aku yang muda ni pulak gelabah. malu jugak sikit sikit. hahahaha
time gambar ni, jantung aku macam nak pecah. sebenarnye takot nak pegi tepi tepi tu. tapi cover line. walaupon tengahari, tapi sejuk gila kat atas ni. dah puas pusing pusing amik gambar, kami turun shopping kat oriental village pulak.

5) Telaga Tujuh
kalau tadi naik puncak naik kotak kecik tu, kali ni naik puncak dengan tenaga sendiri. nak tercabut kaki. kalau seminggu turun naik boleh tinggal tulang. ontheway nak sampai telaga, ada air terjun. tapi tak boleh masuk. tengah di baik pulih. nasib baik mak aku gagah, sampai jugak kami kat atas.

aku bingung, mane telaganya? ini ke. tak nampak ape pon. tapi sebab dah takde jalan lagi untuk naik lagi tinggi, so aku assume ni lah kot tempatnye. dari sini nampak cable car tu turun naik bawak orang ke gunung mat cincang. lepas dah lame lepak lepak hilangkan penat kat sini, aku tergerak hati nak tengok peta yang di sediakan. rupenye, ni baru separuh perjalanan. nak sampai ke puncak telaga tujuh kena redah hutan. hahaha. takpe lah. tak sanggup rasenye.

bila tengok awan dah semacam, cepat cepat kami turun. tapi apakan daya, tak sempat sampai kereta hujan dah turun. so bermandikan hujan kami petang tu. bila dah basah basah tu, terus menuju ke Lagenda Permai. tak sempat nak singgah Langkawi Harbour. walaupon penat, kami tetap eksaited nak teruskan aktiviti malam ni.

entri bersambung lagi....

Cerita Langkawi Part 1
Cerita Langkawi Part 3
Cerita Langkawi Part 4
Cerita Langkawi Part 5

terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: