Monday, March 25, 2013

Genting vs Bukit Tinggi

Assalammualaikum...

tak tahu lah kenape aku malas sesangat nak menghapdet blog sesejak ni. nak kate takde cerita nak kongsi, berlambak lambak cerita nak kongsi. mungkin sebab kekangan masa. kekangan masa konon, padahal kelas sem ni hari khamis je pack. hari hari lain semua holiday. jeles tak? 

akibat daripada kelompongan jadual, aku pon telah menyiapkan beberapa plan percutian. dah macam agensi pelancongan pulak aku rasa. haha. mula mula macam berangan berangan je nak pegi. tapi bila fikir ni sem akhir, lepas ni takde lagi dah. so lebih baik pergi je. lepas ni entah entah dah busy dengan kerja. busy dengan suami. busy beranak pinak. #EH! 

1st Vacation

tanpa perancangan yang sempurna. tiba tiba terus pegi. malam tu baru cari kereta sewa. malam tu baru cari itu ini. memang macam haprak lah kan. nasib baik ramai member dekat UIA. so diorang tolong carikan kereta sewa kat sane. dapat la sebuah viva elit berharga rm60 sehari. nasib baik penginapan tak payah cari. kawan aku sponsor rumah dia. HAHA. sebenarnye dah beberapa kali aku ke Genting Highland ni. tapi sebelum sebelum ni semua pergi dok rilek je kat belakang. ade driver. kali ni, aku sendiri merasa drive naik turun Genting tu. 
kalau toreh muka aku masa drive naik puncak tu, confirm tak keluar darah. nervous mak datok! aku dah la gayat tempat tinggi tinggi ni. tapi aku gagah kan jua. feeling feeling fear factor lah ni kirenye. nak atasi ketakutan. kuangkuang.
lepas sejam kot, aku dah berdiri kat puncak Genting Highland tu. sampai je kat situ, hujan pon turun dengan lebatnya. macam tau tau je aku sebenarnye takot nak main semua benda alah kat dalam tu. aku suke tengok je. memang rugi pon kalau bawak aku pegi tempat main main ni. memang!!! tapi peduli ape aku. so kami pon menghabiskan masa dengan berjalan jalan sahaja. pukul 6.30 petang kami turun meninggalkan tempat yang tinggi mak datok tu. time turun ni aku tak takot sangat. cuma risau dengan brek kereta. 
yang ni manusia hidup betul betul taw!
yang ni manusia hidup berpura pura menjadi batu. 

Esok nya, kami bergerak ke Bukit Tinggi pulak. aku ingat kan bukit tinggi ni jalan die tak macam genting. tapi aku silap. pada aku, jalan die lagi ngeri kot daripada jalan genting. tak tau la. maybe sebab jalan nak ke bukit tinggi ni tak di majukan lagi. jalan kecik. berbelok belok. cerun. fuh!! takot la. aku rase nak patah balik je time tu. Harga masuk rm12 seorang. 

Sesampai je kat atas bukit tu. WAHHHHHHHHHH!!!!!. kagum seh. lawanye banggunan. macam kat oversea je. ceceh. habis semua tempat aku teroka. selagi boleh jalan aku jalan. baru lah berbaloi baloi kan. alang alang dah sampai. kat bawah tu takde ape sangat la. cuma ada banggunan cantik. nak bergambau gambau boleh la kat situ. 
Lepas dah bosan tu, kami naik lagi tinggi. sampai ke Japanese Village and Botanical Garden. dekat Botanical garden takde ape sangat pon aku rasa. sebab aku tak jalan habis pon. bosan! aku terus ke Japanese Village. nomnomnom. kat dalam ni ade satu rumah Jepun. boleh sewa kimono and try Japanese Tea kat situ. time aku sampai dah ade orang kat dalam tu. tunggu punya tunggu, lama betul nak habis. last last tak jadi nak masuk. kuciwa wa wa wa.....
sebab takde apa sangat kat Bukit Tinggi ni, pukul 3.30 kami dah turun dan terus menuju ke IKEA. lapar habaq hang! itu sahajalah cerita di percutian pertama ini. semoga dapat membantu mereka meraka yang merancang untuk bercuti ke Bukit Tinggi mahupon Genting Highland. 
tunggu my next vacation bulan April ni. kekeke... 


total perbelanjaan:
kereta sewa : rm120
minyak kereta : rm50
tiket Bukit Tinggi : rm12
makan- makan : rm50

total : rm 232 ~ rm 250

terima kasih kerana membaca. have fun!

2 comments:

the malay male said...

meatball IKEA sudah kembali nampaknya selepas dihentikan penjualan hari tu

anassuhada said...

oh yang dulu tu eh. tulah. sekarang dah okay. insyaAllah. :-)