Friday, February 22, 2013

murid ku hensem bergaya.

Assalammualaikum semua...

Gila lama tak update blog ni. last update pon pasal pegi karangkraf haritu. dah 5 ke 6 bulan berlalu kot. kalau orang mengandung, dah besar dah perutnye. kihkihkih.

sebenarnye hati ni teringin sangat nak update blog dari haritu. tapi bile di kenang kenang ape yang jadi baru baru ni, rase menyampah kat blog sendiri. menyampah bace entri entri lama. lepas pujuk balik hati ni. baru rase ok balik. cemane cemane pon blog ni tak bersalah sebenarnye. ape yang jadi mesti ade hikmah. Tuhan sentiase bagi kita yang terbaik kan. so Hidup Mesti Diteruskan!. 

memandangkan awal awal sem akhir ni agak lengang je jadual, so boleh lah update seketul entri kat sini. jadual sem ni sangat indah ye kawan kawan. kelas seketul seketul je sehari. nyeronok betul. sem akhir lah kate kan. disebabkan kelas tak berapa nak banyak, aku decide nak buat part time. 

kalau dulu pernah jadi cikgu sementara, now ni beraleh ke tutor pulak. tutor kat salah satu tempat tuisyen kat Taman Universiti ni. daripada lengang je jadual, baik la di isi dengan benda berfaedah kan. kate orang tua tua, timba pengalaman sebanyak mungkin. 

bila ajar budak budak sekolah rendah ni, macam macam ragam die. sabar je lah. kalau tak sabar, memang mati anak orang. yang penting diorang comel, jujur dan nakaaallllllllllllllllllllllllllllll sangat. biase lah budak budak kan. cakap ape pon diorang percaye je. 

nah ni tengok budak budak nakal saya. 

susunan gambar mengikut tahap kenakalan ye kawan kawan. yang atas sekali paling nakal. hihihi. tapi yang penting semua cencomel. kan kan kan? diorang ni darjah 4 tau. nampak je kecik. tapi hebat bermain bola. diorang selalu cerita yang diorang main bola untuk soccer kids. tapi aku macam caye tak caye je. sebab tak pernah tengok diorang men bola pon. mungkin satu hari nanti aku kena tengok. hmmm...


okay. yang ini pulak situasi pelajar darjah 2 yang aku ajar. kemain riuh rendah. macam tongkang pecah sebelum kelas start. kihkih. tengok tu! tertonggeng tonggeng si Haziq tu. macam aku mase darjah dua jugak. tapi aku sopan sikit lah.
Bila start je kelas, nampak la yang diorang ni sangat minat dengan matematik. semangat. siap mintak latihan lagi. aku pon jadi seronok mengajar. tengok la, habis keluar semua jari, dok men kira kira. ini okay lagi pakai jari. ade sorang murid tu, bila penambahan nombor besar sampai ratus ratus, ade ke die pegi buat lidi. habis penuh satu muka surat. terkejut aku. nasib baik sekarang ni dah tak wujud lagi lidi die. fuh! berjaya aku.

jadi, itu sahaja setakat ini. bersempena dah dapat baucer buku rm250 ni, jom pegi shopping buku esok!



terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: