Wednesday, October 10, 2012

✿ ayam penyet AP!

Assalammualaikum....

Happy Wednesday korang. harini rasa nak sambung entri semalam. kalau semalam cerita pasal company yang anas praktikal, harini nak cerita pasal kerja part time yang anas buat masa praktikal. jeng jeng jeng....

Kalau korang nak tahu, anas ni memang jenis yang tak reti duduk diam. So, lepas sebulan anas praktikal, rasa bosan pulak bile asyik terperap je kat rumah. hari hari buat rutin yang sama. then, duit asyik keluar, awal bulan baru masuk. Finally, anas dengan roommate plan nak cari keje part time dekat Alamanda. lagi pun dah nak raya masa tu, boleh lah tambah tambah duit untuk shopping raya. Memang banyak gila vacancy masa tu. semua orang nak pakai ramai pekerja time puasa. boleh di katakan semua kedai kami mintak. tapi ade je yang tak kena. ada satu kedai sport tu nak bagi gaji lumayan, tapi staff dia semua kerek kerek. jadi macam tak selesa nak kerja. 

Lastly, kami try dekat Restoran Ayam Penyet AP. inilah kedai first yang kami masuk dengan senyum lebar. sebab ape? sebab pekerja dia ramah gila. sampaikan sambil interview pon kami tolong lipat tisu. berbual punya berbual, rupanya hostel staff AP tu dekat je dengan rumah sewa kami. So, kami pon decide memang nak part time kat situ. esok nya kami datang untuk belajar serba sikit pasal kedai. then terus start kerja. bermula kehidupan baru kami di Kl. siang praktikal. malam part time di AP. 
yummeh! terliur tak tengok ayam penyet AP nih?

pengalaman kerja banquet kat hotel dulu memang banyak membantu anas. tak jauh beza pon kerja kat hotel dengan kerja dekat restoran. Ayam Penyet AP ni popular dekat Kl, Melaka, Kelantan dengan Brunei. masa bulan puasa, hari hari full reserved. sampaikan satu hari tu, ade customer mintak kami tikar. sebab nak makan AP tapi meja dah full. jadi diorang nak bersila depan kolam alamanda tu. dasyat kan! haha... Seronok kerja dekat AP ni sebab hari hari dapat makan free. tak payah fikir pasal duit makan lagi. 
banyak sangat kenangan kat sana. tapi yang paling tak boleh lupa, kawan kawan... 


rindu saat saat berusaha keras mencari duit untuk anak anak nih. penat macam mana pun tak rasa. sebab kerja dalam keadaan yang selesa. tambah tambah lagi dapat kawan yang sama sama gila. kami dah macam adik beradik walaupun baru kenal. 

jadinya, itu saja lah cerita sepanjang 3 bulan anas praktikal di Kl... oh ya, minggu ni ade majlis konvokesyen dekat UTM tau. jemput lah datang. malam ni Dato' Siti Nurhaliza datang buat persembahan opening. kepada senior SKR, congratulation!!! *tak sabar nak grade tahun depan.  


terima kasih kerana membaca. have fun!

3 comments:

Nadia H. said...

aku grad ahad pagi. sila datang membawa bunga haha.

anassuhada said...

alaaaaaaaa. aku pegi konvo kawan aku kat upm. congrate babe!!

Chenta Qaseh said...

yunk, yana tag awk. :)

http://hati-qaseh.blogspot.com/2012/10/mega-giveaway-dari-wwwyanayassincom.html