Tuesday, October 09, 2012

✿ 3 Bulan Berpraktikal.

Assalammualaikum...

akhirnya berpeluang jugak nak update blog. dah berkurun kurun tak sentuh. nasib baik takde tarikh expired. kalau ade, dah lame expired. macam banyak sangat cerita nak di kongsi. tak tahu nak mula dari mana. 

well, lama sangat anas menghilang tu sebab anas kena praktikal 3 bulan. since praktikal, tak menyempat nak update blog bagai. online pon pakai phone je. laptop bawak. tapi berabuk, tak sempat usik. kahsihan kan? 
anas praktikal di sebuah manufacturing company di Puchong. minggu pertama praktikal, semangat berkobar kobar. minggu seterusnya semangat makin hilang. haha. letih nya lahai kerja. baik belajar dari kerja. tempat kerja okay la. biasa lah tu kena buli buat itu ini. nama pon praktikal kan. sabar je lah.. 

tapi sepanjang duduk kat Kl, rase selamat je. sebab stay dekat putrajaya. Putrajaya sangat aman tau uolls. walaupun terpakse menempuh traffic jammed hari hari kat tol LDP tu, tapi still okay. okay tak okay sangat lah. hampir setiap hari sampai office lambat. habis punch card penuh dengan reason datang lambat. haha. teruk tak? kalau langkah kiri, kena masuk bilik bos, dengar ceramah free pagi pagi. sebab selalu datang lambat. memang nice la working life nih. 
ini lah kawan kawan seperjuangan anas masa kat sane. gambar ni masa hari last praktikal kat sane. tu yang muka happy semacam je. hihih. 

dekat company ni, macam macam kerja kami buat. dari production, finance hingga lah marketing department. semuanya sentuh. kami memang tak sempat nak pegang phone kalau dah masuk office. tak sempat nak borak borak. tak sempat nak online. *tapi ade jugak curi curi online. bukan sebab ape, management kat office tu memang tak suka tengok staff yang duduk diam je. diorang suke tengok staff yang aktif. berlari lari dalam office atau pun pura pura busy. serius! pernah sekali, anas duduk sebelah ika, tak sampai seminit, dah kena sound. -_-



lepas sebulan praktikal, anas dengan roommate plan nak cari keje part time. nak tahu kami kerja ape? tunggu next update ye kawan kawan. nak pegi lunch dulu nih. 
see you! 

  

terima kasih kerana membaca. have fun!

4 comments:

Rin Saharina said...

comel la blouse kamu dear :))

anassuhada said...

hehe. thank you rin. rajin rajin la singgah blog ni lagi ye. :)

Sop Nama Saya said...

selamat berpraktikal :)

anassuhada said...

dah tamat dah sop. :)