Sunday, December 04, 2011

✿ OH HATI WANITA...

assalammualaikum....


Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegurnya dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak mencari perkara yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun
ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanyaa, dia akan cair seperti coklat!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.

Sekasar-kasar wanita, hatinya pasti mudah terluka juga. Sayangilah wanita disekeliling mu. Hargailah apa yang telah diberi kepada kamu.

terima kasih kerana membaca. have fun!

4 comments:

iffah imani said...

really like it....

manisnya menjadi seorang wanita..

cik LyLy said...

indahnya ciptaan allah terhadap seorang wanita :]

anassuhada said...

thank you iffah imani :)

anassuhada said...

cik lyly, semakin indah ciptaan Tuhan, semakin banyak dugaannya. :)