Monday, June 21, 2010

✿ buat ayah tersayang.

ayah,,
ada nya dirimu memberikan seribu erti.
sungguh. adik tak mahu kehilangan mu walau sedetik.
tanpa mu, adik dan emak tiada erti nya di dunia ini.

ya, adik sangat beruntung. memiliki ayah sepertimu.
seorang ayah yang tabah, gigih, bertanggungjawab dan penyayang.
ayah tahu keluarga kita tak sesenang orang lain.
cume sederhana.
tapi ayah tak pernah putus asa, cuba memberi kesenangan kepada kami.
terima kasih ayah.
jasa mu dan pengorbanan mu tiada tandingan nya.
tapi ketahuilah ayah. kasih sayang ayah lebih bermakna.
kerana kebahagiaan itu jauh lebih penting daripada kemewahan dunia.
selagi adik bernyawa, doa adik hanya untuk mak dan ayah.
segala kepayahan hidup dah pun kita tempuh bersama.
syukur lah, kebahagiaan masih menjadi milik kita.

ayah,,
demi Tuhan adik bersyukur.
semoga ayah di lindungi Allah dan hidup dibawah rahmat-Nya.
di limpahkan dengan rezeki yang halal.
bahagia di dunia juga di akhirat.

selamat hari bapa buat ayah.
sayang ayah!!

terima kasih kerana membaca. have fun!

No comments: