Monday, October 10, 2016

Pengalaman Bersalin (26-06-2015)

Assalamualaikum...

Dari anak dalam perut sampai anak dah umur setahun plus plus tak sempat nak update blog. betul punya kekangan masa kannn. haha tapi hasrat aku tak nak bagi blog ni terkubur begitu saja. aku akan sambung update dari semasa ke semasa. walaupon aku sedar, bukan ade sesiapa yang follow perkembangan blog ni pon. hahaha

so aku nak kongsikan pengalaman aku melahirkan puteri sulung kami. agar kenangan indah ni takkan pernah aku dan suami lupakan dan mana tau satu hari nanti anak ummi dah boleh membaca, boleh la dia baca sendiri cerita ummi melahirkan dia. 

25-06-2015 | 9pm
masa ni puasa. di sebabkan due date aku makin hampir, suami pulak berkerja, jadi mak aku memang dah ready siap siap dekat rumah aku. apa apa senang dia kata. so malam ni aku rasa sakit pinggang. ade jugak aku cakap kat mak aku masa tengah tengok tv. tapi aku agak sakit pinggang biasa kot. sebab sepanjang preggy memang kerap sakit pinggang pon. so bila nak tidur, pusing kanan, pusing kiri. ahhhh tak boleh tidur. sakit ni menjadi jadi pulak. sudahnye menangis tepi katil. hahaha... nak kejut suami tidur macam kesian pulak. dia penat kerja. so apa yang boleh buat cuma tahan. bila sahur tu, aku bagitau mak sakit tu tak hilang hilang dari malam tadi, mak dah mula risau. bila mak risau, aku lagi risau. hahaha. so suami decide nak bawak aku pegi Pusat Bersalin Barakah lepas subuh tu.


26-06-2015 | 6.30am
sebelum2 ni memang dah buat kajian sikit, so memang dah decide nak bersalin sini. sampai je terus masuk labour room sebab nurse nak cek jalan. weeehuuuu. berani berani takot je weh. aku banyak bace pengalaman orang. semua cakap sakit masa nak cek bukaan. tawakal je. bila cek, dah 4cm rupanya. so terus kena admit. Pusat Bersalin Barakah ni semua perempuan. dalam satu bilik ade beberapa katil, die just tutup guna langsir. tapi aku rasa selesa sini. Doktor dan nurse semua baik baik belaka. lagi lagi Dr Khairiah. maka bermula lah detik2 mengira contraction yang datang.

26-06-2015 | 12.30pm
Dr datang kata nak pecahkan air ketuban. aduhhh lagi satu part yang aku bace, ramai kata sakit. again, tawakal je. tapi alhamdulillah, Dr buat dengan lemah lembut. sampai aku tak rasa apa. Dr kata lepas pecah ketuban ni, contraction akan jadi lebih kerap. tapi aku layan contraction sampai tertidur. lagi pon memang suami suruh aku tidur, sebab semalaman aku tak tidur, takot aku takde tenaga nak push.



26-06-2015 | 6pm
aku di tolak masuk ke labour room. dan bukaan waktu ni 6cm. syukur suami sentiasa di sisi. sentiasa ajak aku berzikir. walaupon die terpaksa berbuka dalam labour room. aku pon join die makan dalam labour room. haha. lepas magrib doktor datang lagi, dan bukaan masih 6cm. lepas tu dr suruh nurse lajukan water drip. lepas dari tu, Ya Allah.... baring tak kena, mengiring tak kena, semua tak kena. aku rasa nak kejar je nurse yang kuatkan water drip aku tu. macam macam rasa lepas tu, nak buang air kecil, air besar semua ada. tapi sebenarnye sakit tu datang sebab bukaan semakin besar. baby nak keluar dah.

26-06-2015 | 10.49pm
Dr seluk dan kata kalau rasa nak teran, teran je slow slow. aku dengar je nurse jerit 8cm..... 9cm...... pastu diorang dah busy siap siap. suami aku dah tak tentu arah dah masa ni. kesian dia. pup! 10cm.... semua dah ready, termasuk aku. tak sabar nak teran rasanya. tunggu je dr kata push. masa ni tak ingat dah segala teknik yang aku baca. Alhamdulillah 10.49 dengar semua nurse jerit its a girl. hilang terus rasa sakit waktu tu weh. tapi baby tak nangis waktu keluar. suspen jugak. uri aku pon sangkut kat dalam. orang tua tua kata, bila baby tak nangis, tu yang uri tak ikot. agaknye la kot. masa aku sedar tu, dr kata die ada masa beberapa minit je untuk tunggu uri tu keluar, kalau tak, die terpaksa seluk. atau di panggil MRP (manual removal placenta) oh man! jangan bayangkan pleasee. aku pon tak sanggup. Dr tekan tekan perut dan uri masih tak keluar. so Dr decide untuk seluk. sebab takot rahim dah kecut balik. tak pasal pasal kene operate pulak kang.
lagi satu mak kate, uri tinggal ni bahaya. boleh bawa maut. Allah..lepas aku dan suami sign, aku kena injection apa ntah. lepas tu terus aku tak sedarkan diri. aku sedar sedar, nurse kejut aku, nak transfer ke wad biasa.

27-06-2015 | 12am
pertama kali dapat dukung baby dan baby tu adalah anak aku sendiri. bahagianya rasa. tapi masa ni, aku macam tak berapa sedar. apa yang suami dan mak aku cakap semua aku tak berapa ingat. mungkin kesan dari ubat Dr bagi. 2.92kg berat anak ummi. comel je macam abi die. hehe sempat jugak aku bisik kat telinga dia, Assalamualaikum puteri ummi. tak dapat nak gambarkan perasaan waktu ni.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas anugerah terindah ini....



terima kasih kerana membaca. have fun!

Saturday, May 30, 2015

36weeks

Assalamualaikum...


Dup dap dup dap sekejap je usia kandungan dah masuk 36 minggu. dah masuk zone sarat dah orang kate. hehehe. tapi aku bersyukur, aku masih sihat dan boleh buat kerja kerja rumah macam biasa. boleh lagi melayan perangai budak budak kecik 3 ekor kat rumah tu. cuma kadang kadang datang la sakit main main tu. false contraction katenye. 

aku ingat lagi masa 35minggu haritu aku kerap sangat sangat sakit tulang belakang. sampaikan ade satu malam tu aku rasa satu badan aku sakit. pusing kanan tak boleh. kiri tak boleh. telentang lagi lah tak boleh. last last duduk, nangis. bila husben tanya aku sakit kat mana, aku sendiri tak tau nak cakap mana yang sakit. rasa macam semuanya sakit. huu dugaan betul. sebenarnye lepas aku baca artikel pasal tidur telentang tak bagus untuk ibu hamil, aku jadi takot. so aku akan mengiring ke kiri sahaja. tapi kau bayangkan lah, kalau sepanjang tidur tu ke kiri je, tak gerak gerak, memang macam nak patah la pinggang and tulang belakang tu kan. hmmm tu lah puncanya. 

berdasarkan apa yang aku baca and apa yang husben aku explain, kenapa tidur telentang tak elok, sebab takot oksigen tak sampai ke ibu dan juga bayi. boleh menyebabkan kecacatan, membantutkan tumbesaran bayi atau boleh juga menyebabkan kematian. seram kan dengar. lepas tu kalau ngiring ke kanan pulak, biasanya kepala bayi kat sebelah kanan. so bila kita ngiring ke kanan, boleh bayang keadaan bayi kat dalam perut macam tertonggeng. 

bila dah dekat dekat due date ni, tipu lah kate kalau tak neves. of coz berdebar debar. lagi lagi anak pertama kan. cuma tawakal pada Allah je lah. moga moga dipermudahkan segalanya. daripada hasil scan 3d4d haritu, muka anak aku semangat gila. bibir dia sebiji macam abi dia. mata dia pulak besar, mak mertua kata macam mata aku. hehe tak sabar nak jumpa anak sendiri. ikot rasa hati memang nak share gambar tu kat sini. tapi lepas fikir panjang, bialah dulu. sampai semuanya selamat nanti. 

doakan aku selamat melahirkan. mohon maaf kalau ada silap dan salah. 
terima kasih kerana membaca. have fun!

Saturday, April 18, 2015

Rezeki dari Allah 3rd Trimester

Assalamualaikum....

hye. harini kita maraton update blog. hahaha. tak nak cakap banyak, nak sambung cerita untuk yang 3rd trimester pulak.

25weeks
23/3/2015 sekali lagi aku checkup di klinik kerajaan. macam biasa cucuk jari untuk cek hb. dan masa ni lah baru aku nak berdebar. tepat sekali debaran yang aku rasa, sekali lagi hb aku rendah. kalini 10... terus nurse refer aku ke doktor. nak ikotkan takde lah rendah sangatkan. ada yang lagi rendah sampai 7 or 6. hmnn nurse kate kalau hb rendah ni actually bahaya untuk baby. since dah berbadan dua, takot oksigen tak sampai kat baby. boleh buat baby lemas. dan hb low jugak yang menyebabkan ibu mengandung semput dan selalu termengah mengah. so, lepas doktor belek belek. aku kena amik darah untuk cek samada aku ada anemia atau tak. hmnnnnnnnnnnnn. so kalini 3 tabung aku kena amik darah. dah la aku ni manusia paling takot ngan darah. time mengandung ni terpaksa buat buat berani. demi anak. masa amik darah ni boleh pulak darah aku tak nak keluar. kahkah. cukup untuk 2 tabung je. so cucuk la lagi sebelah tangan. cucuk punya cucuk, eh salah tempat pulak. kali ketiga cucuk baru dapat. seronok sangat main cucuk cucuk eh nurse ni. tak tau jantung aku dah kecut dah ni.brrrrr.....

26weeks
28/3/2015 harini memang hari yang aku dan suami tunggu tunggu. sebab ape. sebab aku aku detail scan kat hospital umra. hihihi tak sabau nak tengok si kecik umi ni. detail scan ni scan 3d 4d. boleh nampak muke baby tau. aku sampai hospital pagi. cume isi perut dengan roti je pagi tu. ingat kan takde pape. sekali bila scan, baby aku tidur. siap tutup muka lagi. tak syok la kan tak nampak muka. Pn Siti yang buat detail scan kat umra tu suruh aku pegi makan apa apa dulu and minum jus untuk kejutkan baby. hehehe. lepas aku sumbat oren jus sebotol, aku masuk balik untuk scan. barulah anak aku bukak muka dia. Ya Allah, nak cakap macam mana ntah. syukur sangat weh. nampak mata, hidung, mulut. tembam anak umi. nampak suami aku tersenyum, bahagia sangat rasa. sebak... tapi buat rilek, buat cool. hahaha. takde masalah, semuanya okay. Alhamdulillah.....

28weeks
8/4/2015 lepas daripada result hb aku low, suami aku terus buat jadual makan untuk aku. hahahahahaha. padan muke. selain tu macam macam suami beli. kerang, bayam, jambu batu.... semua untuk naikkan hb aku. dan harini aku ade checkup kat klinik kerajaan, hasil nya.... hb aku dah naik. 11.1 kalini. waaaaaaaaaa syukur. nurse pon dah tulis pakai pen biru. legaaaaa. tapi kalini kena injection kancing gigi lah pulak. baru je aku baca baca cerita orang pasal injection ni. ada yang kata boleh tolak if rasa yakin takkan terberanak kat mana mana. maksudnya memang yakin akan bersalin kat hospital. tak terbersalin dalam kereta ke. dalam lif ke. haaaa camtu. sebab if tak amik injection ni, and terbersalin kat tempat tempat sebegitu, boleh kena jangkitan yang mengakibatkan kematian. tapi ada yang kata, amik je injection tu. takde papa. just untuk elakkan ibu dari kena kejangan otot masa melahirkan nanti. so aku tak sempat kata apa apa. aku merelakan diri je. insyaAllah takde apa. lenguh nya mak oiiii. 2-3 hari jugak la nak hilang rasa sakit and lenguh tangan ni. 

29weeks
18/4/2015 sampai ke harini usia kandungan aku dah 29minggu. Alhamdulillah aku masih sihat, boleh naik turun tangga tempat tusyen dan mengemas rumah. aku harap kesihatan ni berpanjangan hingga ke akhirnya. baby dalam perut pon semakin aktif dan agresif. hahaha. malam malam bergelombang perut aku. pagi pagi dia rilek je kat dalam. sekarang aku dah start kena kira baby kick. dari jam 9pagi sampai 9malam. doakan semuanya okay. ada masa nanti aku sambung lagi cerita pengalaman akan datang. 

bye!

terima kasih kerana membaca. have fun!